BERTAJWID DAN MELAGUKAN AL-QURAN, YANG MANA DIUTAMAKAN.
Kitabullah merupakan kitab suci yang mana ianya bersifat terpelihara, dan merupakan kitab yang diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada Nabi junjungan Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat Jibril. Itulah al-Quran yang mana ianya sangat mulia kerana diturunkan kepada semulia-mulia manusia melalui semulia-mulia malaikat, pada semulia-mulia bulan, di semulia-mulia tempat, dalam semulia-mulia bahasa. Ini menunjukkan al-Quran itu mempunyai segala bentuk kesempurnaan dan kemuliaan. Walaupun begitu, saya beranggapan umat islam kala ini seperti tidak menyatakan yang ianya benar-benar bersifat sedemikian, kerana mereka sudah tidak mempedulikan bacaan secara bertajwid, dan melebihkan melagukan al-Quran. Apakah bacaan secara bertajwid ini tidak dituntut, dan apakah melagukan al-Quran juga tidak diperlukan?.
Mempelajari ilmu tajwid merupakan fardhu Kifayah, manakala mempraktikkannya dalam bacaan al-Quran adalah fardhu ‘Ain. Kewajipan dalam mempraktikkan tajwid dalam bacaan al-Quran adalah tidak diragukan dan terdapat jelas dalil-dalil dari Al-Quran, Al-Sunnah dan Ijma’ Ulama mengenainya.
Antara dalil-dalil dari Al-Quran:-
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: “Bacalah Al-Quran itu dengan tartil (bertajwid)” (al-Muzammil = 4)
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Allah s.w.t memerintahkan Nabi s.a.w membaca al-Quran yang diturunkan kepadanya itu dengn tartil, iaitu mengelokkan sebutan setiap huruf-hurufnya, yakni membacanya secara bertajwid. Ini membuktikan bahawa bacaan al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w adalah bacaan secara bertajwid bukan sekadar bacaan biasa.
FirmanNya lagi:
Maksudnya: “Dan kami (Allah) telah bacakan (Al-Quran itu) kepada (Muhammad s.a.w) secara Tartil (bertajwid)” (al-Furqan =32)
Antara dalil-dalil dari Al-Sunnah:-
Hadis yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.a (isteri Nabi s.a.w) apabila beliau ditanya bagaimanakah bacaan Rasulullah s.a.w dan solat baginda, maka beliau menjawab:
Maksudnya: “Ketahuilah kamu semua, menjadi kelaziman bagi baginda s.a.w bersolat kemudian tidur dengan kadar lamanya baginda bersolat tadi, kemudian baginda solat semula dengan kadar lamanya baginda tidur, kemudian tidur semula dengan kadar selama beliau solat, begitulah hal baginda hingga menjelang subuh, kemudia dia (Ummu Salamah) menunjukkan cara bacaan Rasulullah s.a.w, maka beliau menunjukkan (satu) bacaan yang menjelaskan (sebutan) huruf-hurufnya satu persatu”. (Hadis 2847 Jmi’ al-Tirmizi)
Dalil dari Ijma’ Ulama:-
Para ulama sepanjang zaman sejak dari zaman Rasulullah s.a.w sehingga sekarang telah bersepakat menyatakan bahawa membaca al-Quran secara bertajwid hukumnya adalah fardhu dan wajib. Pengarang kitab Nihayah menyatakan: “Sesungguhnya telah Ijma’ (sepakat) semua imam, dari kalangan ulama yang dipercayai, bahawa tajwid adalah suatu yang wajib sejak zaman Nabi s.a.w lagi sehinggalah sekarang dan tiada seorang pun yang mempertikaikan kewajipan ini”.
Akan tetapi, kita diharuskan melagukan al-Quran seperti sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: “Hendaklah kamu melagukan dengan bacaan al-Quran itu, kerana bukan dari kalangan kami mereka yang tidak mahu melagukan dengan bacaan al-Quran dan menangislah, jika tidak mampu menangis, maka buatlah olok-olok menangis”. (Hadis riwayat al-Nasa,i)
Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w sendiri memerintahkan umatnya supaya melagukan dengan bacaan al-Quran, dan mempertikaikan golongan umatnya yang tidak mahu melagukan bacaan al-Quran. Sebaliknya mereka lebih suka melagukan sya’ir, mengagungkan bahasa sendiri dari keagungan al-Quran.
Berdasarkan hadis ini juga, kita diharuskan menangis ketika membaca al-Quran, dan buat-buat menangis sekiranya kita tidak mampu menangis. Rasulullah s.a.w menggalakkan lagu al-Quran itu yang boleh membawa kepada khusyu’.
Firman Allah s.w.t:-
Maksudnya: “Dan mereka segera menumuskan mukanya dengan sujud itu sambil menangis, sedang al-Quran menambahkan mereka khusyu’”. (al-Isra =109)
Sebelum mengakhiri kalam, tuntasnya disini, al-Quran itu hendaklah dibaca dengan bertajwid kerana ia memang dituntut dan melagukan al-Quran juga sebagai satu galakkan agar kita membaca dengan terhasilnya kekhusyukan dan dapat melahirkan rasa insaf juga sebagai satu momentum kearah mencintai al-Quran.
Akhir bicara saya disini, marilah sama-sama kita mempelajari apa-apa yang berkaitan dengan al-Quran itu dengan sebaik mungkin, agar identiti al-Quran itu tidak ditelan zaman dan tidak dihanyut arus.
p/s; sekadar perkongsian, yang baik dari pencipta dan yang lemah dari yang dicipta.. Wallahu ‘alam wa ahkam.
By: azri ibnu kifli (azraidi87@yahoo.com)
Assalamualaikum..sekadar pendapat..
ReplyDeleteMembaca al-Quran secara bertajwid adalah wajib..sedangkan melagukan bacaan ayat Quran kira satu kelebihan..
Orang-orang yang mendengar bacaan al-Quran yang dialunkan dengan merdu lebih mudah tertarik untuk mendekati al-Quran..
Wallahu'alam..
alhamdulillah,sangat menarik artikel ini...sekadar berkongsi pendapat...
ReplyDeletememang seharusnya tajwid diutamakan berbanding melagukan al-Quran supaya mencapai maksud sebenar ayat tersebut. melagukan al-Quran adalah satu cara bagi menarik minat diri sendiri untuk membaca al-Quran dan juga menarik minat orang yang mendengarnya untuk turut membaca al-Quran...
lebih baik jika mempunyai kedua-duanya...
assalammualaikum...
ReplyDeletesekadar memberi pendapat.. Wajib membaca al-Quran bertajwid..
Lagu akan mudah dialunkan jika kita memahami dan mendalami Al-Quran kerana lagu yang baik adalah lagu yang disandarkan dengan pengertian ayat Al-Quran itu sendiri..
Wallahu'alam..
assalamualaikum...aku jugak jay.sekadar pendapat jugak.kita utamakan tajwid..dan melagukan itu ada bonus bg kita.renung2kan dan selamat beramal...
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteAlangkah bagusnya kalau pandai melagukan membaca ayat suci al-Quran, dan lebih bagus lagi kalau mahir bertajwid...
assalamualaikum... sy sependapat ngan ibnu saili. dr apa yg sy tahu, tajwid tu merupakan hukum terpenting & wajib di dalam pembacaan Al-Qur'an. hal ini mmg termaktub dlm surah Al-Muzammil ayat 4 yg bermaksud. "Bacalah al-Qur'an dengan bertartil(memelihara hukum tajwid)".
ReplyDeleteMelagukan al-Qur'an pula biasanya dapat memberi keselesaan kepada perasaan manusia yang mendengar krn naluri manusia sememangnya myukai seni. melagukan Al-qur'an x wajib akan tetapi amatlah d tuntut dlm bacaan Al-Qur'an.
Di dalam sebuah Hadith diriwayatkan:
Dari Abu Hurairah r.a bahawa dia mengatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:” Tiadalah keizinan Allah untuk mengerjakan sesuatu yang dapat menyamai izin-Nya kepada nabi s.a.w untuk melagukan bacaan Al-Quran.”(Muslim)
Syera: Untuk mau mendalami lagu al-Quran, mari kita masuk pendidikan Quran.haha..
ReplyDeleteAtaupun Kita minta si Azri ajar kita tarannum..
dia tu hebat tu..
Walaupun muka cina, siapa sangka dia ni mantap bertarannum..sangat WOW!!
HEHE...
waalikum salam kepada sahabat2 & pengunjung mauki' sy yg x seberapa ni.... "SEKADAR BERKONGSI PENDAPAT" shbt2 amat sy alu2 kan dan jutaan terima kasih sy hulur kan...
ReplyDeletesaudari zubaidah: trm ksh krn tmbh kan lg hadis..
saudari ct: trm ksh, artikel ni sbgi "SEKADAR BERKONGSI"...:)
jay&syera: :),,, siapalah sy utk dijadikan sbgi pengajar tarannum.. apa2 pun trm ksh bg kepercayaan kpd sy.. hhheeehhheee... doakan sy moga dpt bljr betul2 tarannum ni ek...
Alhamdulillah maklumat kamu amat jelas dan terperinci.. Kita wajib mpraktikkan tajwid dalam bacaan Quran kerana ianya sunnah yang datang dari Rasulullah.. Manakala berlagu dalam membaca Quran diharuskan dan digalakkan agar si pembaca dan pendengar dapat merasa takjub dan asyik dengan bacaan, lebih cantik lagi jika dibaca dengan keras ketika ayat larangan dan ancaman..
ReplyDeletebukan sekali dua saya dgr non muslim akhirnya menerima hidayah kerana kesyahduan bacaan Quran, jika apa yg kita lagukan itu benar2 datang dari hati insyaAllah ada ganjaran utknya..
saudara fahmi: trm ksh atasa "SEKADAR BERKONGSI PENDAPAT" anda... sy trm dgn sungguh baik... mengenai Hidayah yg diterima oleh non muslim tu mmg betul... jelas juga disini, melagukan al-Quran juga sbgi 1 wadah ke arah mencintai al-Quran...
ReplyDeleteaslmkm...memang indah jika kita tahu menghayati isi al-Quran serta dapat membacanya dengan makhraj dan tajwid yang betul. tapi alangkah bestnya kalau pandai mengalunkannya..
ReplyDeleteArtikel yang menarik, secara keseluruhannya, boleh diperpanjangkan untuk menulis sebuah buku pada masa hadapan Insyaallah..
ReplyDeletesaudari azeera: ya, mmg indah klu bisa melagukan al-quran...sebagai bakal guru juga, penting utk kita krn boleh digunakan dlm proses p&p yg mana boleh menarik perhatian pelajar...."sekadar berkongsi pendapat"...:)
ReplyDeletesaudara annas: :) sy mampu tersenyum... cdgn yg baik, akan diperpanjangkan bicara dlm diri mengenainya...
ReplyDeleteMelagukan Al-Quran itu boleh selagi tidak keluar daripada kaedah hukum tajwid sehingga lagu merosakkan bacaan.
ReplyDeleteAssalamualaikum..sangat menarik kupasan saudara..semoga maklumat ini menjadi pedoman dan kegunaan kita sebagai MUSLIM SEJATI..insyaAllah
ReplyDeletetuntutan mmbaca al-quran dgn tajwid adalah wajib,dan melagukannya digalakkan..beruntungla mereka yg mampu mlakukan kedua-duanya..
ReplyDeletemenarik..terima kasih perkongsian ni..semakin jelas beza melagukan dgn membaca dgn tajwid..menanti post2 sturasnya..keep it up..;)
ReplyDeleteAssalamualaikum..saya bersetuju dengan pendapat rakan2 sekalian..apa yang penting bagi saya,dalam membaca Al-Quran,melagukan adalah satu Kelebihan..manakala membacanya dengan tajwid yang betul adalah satu Kewajipan..(^_^)
ReplyDeleteassalamualaikum.. suatu perkongsian yg sangat menrik..menjga tajwid dlm pembacaan al-Quran adalah sama sprti kta mnjga hak2 bg setiap huruf2 dalam al-Quran... setiap huruf2 dlm al-Quran mempnyai hak2 yg prlu kta tunaikan smsa kta membaca al-Quran.. blh d ktakan bhwa membca al-Quran dengan bertajwid adlh lebih 'Awla' brbndng mmbca hnya skdar brlagu tnpa menunaikan hak2 huruf.. akan ttapi ianya akan bertmbah cntik dan indah skiranya disrtai dngn lagu2 yang indah mengkut cara bacaan dan lagu org arab..Wallahu A'lam..
ReplyDeletewaalaikum slm... sy bersetuju dgn saudara alwan, huruf2 al-Quran tu mempunyai haq, jadikan tunaikan haq2 nya...
ReplyDelete''kita diharuskan menangis ketika membaca al-Quran, dan buat-buat menangis sekiranya kita tidak mampu menangis. Rasulullah s.a.w menggalakkan lagu al-Quran itu yang boleh membawa kepada khusyu’.
ReplyDeleteFirman Allah s.w.t:-
Maksudnya: “Dan mereka segera menumuskan mukanya dengan sujud itu sambil menangis, sedang al-Quran menambahkan mereka khusyu’”. (al-Isra =109)''
ska bc part ni...tp xtau bila leh wat smpai tahap ni..huhu...btw, gud artikel...jzkk~
saudara abqari: insya Allah boleh..
ReplyDelete:)