MELAGUKAN BACAAN AL-QURAN
(Muslim)
Huraian:
Adat manusia menyukai akan seni lagu walaupun mempunyai selera dan rentak yang berbeza. Lagu dan irama biasanya dapat memberi keselesaan kepada perasaan manusia yang mendengar. Membaca Al-Quran dengan tartil atau memperelokkan bacaannya dengan lagu atau tajwid adalah sangat-sangat dituntut dalam cara membaca al-Quran, kerana tujuan utama membacanya ialah memikirkan maksud-maksudnya.
Cara membacanya dengan tartil akan dapat menolong memahami maksud-maksudnya. Sebab itu Ummu Salamah r.a. ketika membaca al-Quran sering mencontohi bacaan Rasulullah s.a.w dan membacanya seolah-olah ia sedang mentafsirkan huruf demi huruf dari al-Quran itu. Oleh itu orang yang sentiasa membaca al-Quran dengan baik dan sempurna akan mempunyai hati dan jiwa yang lembut kerana ia memahami tentang ayat-ayat yang berunsur ancaman dan kecaman serta janji-janji Allah yang terkandung dalam ayat yang dibacanya itu.
di ambil dari ; http://hadis.feryco.com/melagukan-bacaan-al-quran
saya sangat setuju dengan artikel ini. membaca al-Quran mestilah dihayati dan dibaca dengan teliti seolah-olah kita sedang menghayati setiap maksud dari setiap ayat tersebut. malah jika membaca dengan laju, akan menimbulkan kesalahan tajwid dan juga sebutan. apatah lg untuk menghayatinya. saya sendiri akan berasa terkesan apabila membaca al-Quran dgn teliti,satu persatu dan dengan lagu yg biasa.
ReplyDeletehebat! teruskan menulis azri..idea seorang pendidik agama yg baik!
ReplyDeletebenar.. bca dengn berlagu mengikut maksud ayat antra cara yg blh d lakukan untuk khusyu'... dlam solat pun kta disuruh supaya membca dengan berlagu spya mudah untuk kta mentadbbur maksud setiap ayat yg d baca oleh imam.. dan dengan berlagu ataupun brtarannum juga mampu untuk malhirkan kemukjizatan al-Quran itu sndiri.. wallahu 'Alam
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian yang berfaedah ini.
ReplyDeleteInsyaAllaah, lebih baik perbaiki tajwid, tetapi jgn lupa dengan lagunya sekali..
ReplyDeleteseperti sabda Baginda Rasulullah S.A.W
"Hiasilah al-Quran dengan suaramu."